- Rancang hidangan dan makanan ringan (kudapan) untuk seminggu yang bersesuaian dengan bajet.
- Sediakan hidangan yang mampu tahan lama supaya lebih jimat (contoh: asam pedas, sup, kari tanpa santan dan makanan ditumis).
- Hidangan boleh disejukbeku dalam bekas kecil dan dinyahbeku sebelum digunakan. Pastikan hidangan dinyahbekukan sepenuhnya sebelum dimasak atau dipanaskan.
- Proses nyahbeku perlu dilakukan menggunakkan kaedah yang sesuai. Terdapat tiga cara proses penyahbekuan iaitu :
- Bekas yang diisikan dengan ayam, daging atau hidangan lain yang beku perlu direndam dalam bekas berisi air.
- Gunakan ketuhar gelombang mikro (pilih defrost untuk proses penyahbekuan).
- Letak di ruang pendingin (chiller) dalam peti sejuk.
- Sediakan senarai barangan runcit yang mahu dibeli.
- Ambil peluang untuk membeli barangan dapur semasa promosi di pasar raya atau membeli dengan kupon diskaun.
- Beli barangan runcit sewaktu anda tidak lapar untuk mengelakkan pembelian berlebihan.
- Beli barangan yang hanya ada pada senarai barangan runcit yang mahu dibeli.
- Pilih kedai atau pasar raya yang menawarkan harga barangan berpatutan.
- Beli barangan tertentu dalam ‘bulk’ (jumlah yang banyak) atau dalam pek keluarga kerana harganya lebih murah. Anda boleh berkongsi pek besar seperti bawang dengan ahli keluarga lain dan rakan-rakan.
- Hidangan tertentu boleh disediakan lebih awal.
- Masak lebih untuk hidangan tertentu seperti sup atau lauk-pauk. Bahagikan kepada beberapa bekas kecil dan sejukbekukan kesemua bekas tersebut supaya dapat digunakan pada hari-hari lain.
- Sumber protein daripada telur dan kekacang seperti taukua, tempe, dal dan fucok lebih murah berbanding ikan/daging/ayam.
- Sejukbekukan nasi yang berlebihan untuk digunakan kemudian hari untuk penyediaan nasi goreng atau empeng beras.
- Gunakan lebihan hidangan seperti ikan goreng atau ikan bakar atau ayam sebagai bahan tambahan dalam nasi goreng atau sandwic.
- Gunakan lebihan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membuat jus buah-buahan atau sup.