Sarapan Pagi
Video
Saiz Hidangan
Bubur Ayam 3 dalam 1 (1 cawan)
- Beras (2 sudu makan)
- Oats (2 sudu makan)
- Barli (4 sudu makan)
- Isi ayam (3 ketul)
Hidangan Bubur Ayam 3 dalam 1 untuk 2 orang
Bahan-bahan :
- Beras (3 sudu makan)(43g)
- oats (3 sudu makan)(43g)
- barli (7 sudu makan)(84g)
- Air (7 cawan)(1000ml)
- Halia, diketuk (2sm)(5g)
- Isi ayam (6 ketul)(228g)
- Garam secukup rasa
- Minyak bijan (1 sudu teh)(5g)
- Bawang goreng (2 sudu makan)(25g)
- Cili merah, dipotong nipis (2 biji)(10g)
- Daun sup dan daun bawang
- Taukua, dipotong kecil dan digoreng ( ½ biji)(25g)
Cara-cara penyediaan
-
Masukkan air (7 cawan)(1000ml) ke dalam periuk.
-
Rebus ayam bersama halia diketuk sehingga empuk
-
Apabila ayam sudah masak, air rebusan ayam digunakan semula.
-
Masukkan beras, barli dan oats ke dalam air rebusan ayam dan masak sehingga kembang.
-
Apabila bubur masak, masukkan garam secukup rasa.
-
Gorengkan taukua sehingga garing dengan menggunakan kuali tidak lekat dan sedikit minyak masak (1 sudu makan).
-
Hidangkan bubur bersama ayam, daun sup dan daun bawang, cili merah, taukua goreng, bawang goreng dan minyak bijan.
**Sebagai pilihan tambahan, boleh masukkan serbuk lada putih untuk memberikan rasa pedas.
Info / Tips Sihat
- Bubur ini sihat kerana mempunyai oats dan barli yang kaya dengan serat. Ia baik
untuk kesihatan jantung dan mengelakkan sembelit. - Sebagai pilihan tambahan, sayur-sayuran seperti kacang panjang, lobak merah dan kobis bunga boleh dimasukkan untuk menambah kandungan zat.
- Tips kurangkan minyak pada taukua yang digoreng adalah dengan tuskan atau
menggunakan tisu untuk menyerap minyak masak berlebihan.
Minum Pagi
Saiz Hidangan
- Kuih Lobak Putih (3 biji) dan sos cili (4 sudu makan)
- Teh Cina (1 cawan)
Hidangan Kuih Lobak Putih (Menghasilkan 16 biji kuih lobak putih)
Bahan A :
- Tepung kentang (40g)
- Tepung gandum (80g)
- Tepung beras (200g)
- Air (3 cawan) (480ml)
- Lobak putih, diparut (250g)
- Udang kering, direndam dan ditumbuk kasar (100g)
- Minyak (6 sudu makan)(60g)
- Cili merah, dibuangkan biji dan dicincang (1 biji)(5g)
- Air (3 cawan) (420ml)
- Garam ( ½ sudu makan)(5g)
- Gula ( 2 ½ sudu makan)(25g)
- Serbuk lada putih (½ sudu teh)(3g)
- Minyak bijan (1 sudu teh)(5g)
- Serbuk pati ikan bilis ( ½ sudu teh)(3g)
Cara-cara penyediaan
-
Campurkan bahan A, gaul rata dan ketepikan.
-
Celur lobak putih ke dalam air mendidih dan tuskan. Ketepikan.
-
Panaskan sedikit minyak, masukkan udang kering dan tumis sehingga garing.
-
Kemudian masukkan cili merah dan tumis seketika.
-
Masukkan air dan bahan C, gaul rata dan biarkan ianya mendidih.
-
Masukkan adunan bahan A dan lobak putih. Gaul dan masak sehingga menjadi pekat dengan api kecil.
-
Kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam loyang pengukus. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak. Sejukkan dahulu sebelum memotong.
-
Selepas potong kuih, gorengkan permukaannya dengan menggunakan kuali tidak lekat dan sedikit minyak masak (1 sudu teh). Ini adalah untuk memberikan warna perang pada permukaan atas kuih.
-
Hiaskan dan hidangkan bersama sos cili atau tanpa sos.
Info / Tips Sihat
- Kuih lobak putih lebih sihat berbanding kuih bergoreng, berlemak dan kuih manis kerana rendah lemak dan rendah kalori.
- Lobak putih tinggi serat yang membantu elak sembelit serta membantu sistem penghadaman.
- Tips kurangkan minyak pada bahan-bahan dan kuih lobak putih yang digoreng adalah dengan tuskan atau menggunakan tisu untuk menyerap minyak masak berlebihan.
Makan Tengahari
Saiz Hidangan
- Nasi putih (2 cawan)
- Ikan siakap kukus (1/3 ekor)
- Sawi tumis (2 cawan)
- Tembikai (1 potong)
- Air kosong (1 gelas)
Hidangan Ikan Siakap Kukus untuk 5 orang
Bahan-bahan :
Daun sup, daun bawang, lobak merah, cili merah, tomato dan bawang merah
- Ikan siakap (1 2/3 ekor)(243g)
- Lada hitam, ditumbuk (2 sudu teh)(10g)
- Bawang putih, ditumbuk (3 ulas)(13g)
- Halia, ditumbuk (2sm)(5g)
- Garam (1 sudu teh)(5g), ditumbuk
- Bawang merah, dimayang (2 biji)(80g)
- Lada merah, dimayang (3 biji)(45g)
- Daun kunyit, dihiris halus (2 helai)(5g)
- Daun kesom, diambil daunnya dan dihiris halus (5 tangkai)(15g)
- Limau nipis (4 biji)(40g)
- Garam (2 sudu makan)(20g), untuk membersihkan ikan
Daun sup, daun bawang, lobak merah, cili merah, tomato dan bawang merah
Cara-cara penyediaan Ikan Siakap Kukus untuk 5 orang
- Bersihkan ikan dengan air limau nipis dan garam. Bilas. Belahkan belakangnya. Letakkan ikan di dalam piring yang tahan panas.
- Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dengan ikan, di luar dan dalam.
- Taburkan bahan-bahan yang telah dimayang dan dihiris.
- Kukus ikan sehingga masak.
- Angkat dan hidangkan ketika panas.
Hidangan Sawi Tumis untuk 5 orang
Bahan-bahan :
Lobak merah, cili, bawang goreng dan daun bawang.
- Sawi (400g)
- Bawang kecil (2 biji)(10g)
- Bawang putih (3 ulas)(13g)
- Sos tiram (2 sudu teh)(10g)
- Minyak bijan (1 sudu teh)(5g)
- Air (2 cawan)(280ml)
- Garam secukup rasa
Lobak merah, cili, bawang goreng dan daun bawang.
Cara-cara penyediaan Sawi Tumis
- Kupaskan dan mayangkan bawang.
- Potongkan sawi dan kisarkan bawang sehingga lumat.
- Panaskan kuali dan tumis bahan kisar sehingga layu.
- Masukkan air, sos tiram, minyak bijan dan kacau sehingga rata dan biarkan kuah hampir mendidih.
- Masukkan sawi dan terus kacau. Apabila sawi masak, hidangkan.
Info / Tips Sihat
- Ikan siakap kukus lebih sihat berbanding ikan goreng dan ikan masak lemak kerana rendah lemak dan rendah kalori.
- Ikan kaya dengan omega-3 untuk kesihatan otak dan kaya protein (haiwan) untuk menguatkan otot.
- Daun kesom membantu meningkatkan daya ingatan.
- Sawi adalah sayuran berdaun hijau yang kaya dengan asid folik.
- Asid folik penting untuk menambah sel darah merah serta mengurangkan risiko anemia (kurang darah).
- Asid folik juga membantu bahagian otak (hippocampus) yang berfungsi untuk pembaharuan sel maka, mengurangkan risiko penurunan kognitif.
- Gantikan garam dengan perisa semula jadi seperti halia, bawang putih, lada hitam, daun sup daun bawang dan cendawan.
- Tembikai tinggi serat dan vitamin.
- Tembikai kaya dengan vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan yang boleh meningkatkan daya ingatan, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung dan kanser.
- Minum air sekurang-kurangnya 6 sehingga 8 gelas sehari. Sebaik-baiknya gantikan minuman manis dengan air kosong untuk mengurangkan risiko kencing manis.
MInum Petang
Saiz Hidangan
- Kuih keladi (1 potong) dan sos cili (4 sudu makan)
- Kopi susu (1 cawan)
Hidangan Kuih Keladi untuk 5 orang
Bahan A :
Bahan B :
- Tepung beras (170g)
- Tepung ubi (40g)
- Air (3 cawan) (500ml)
- Garam (1 sudu teh)(5g)
- Serbuk lada putih (½ sudu teh)(3g)
- Serbuk 5 rencah/ ‘5 spice powder’( ¼ sudu teh)(2g)
Bahan B :
- Keladi,dipotong dadu kecil (300g)
- Udang kering, direndam dan dituskan (50g)
- Minyak masak (4 sudu makan)(40g)Loyang (9" / 10), disapu dengan minyak
Cara-cara penyediaan Kuih Keladi
-
Satukan bahan A, gaul rata dan ketepikan.
-
Goreng keladi sehingga sedikit keperangan. Angkat dan tuskan.
-
Menggunakan minyak yang sama , goreng udang kering yang ditumbuk sedikit sehingga perang.
-
Masukkan bahan A (bancuhan tepung) dan masak sehingga naik wap.
-
Tutupkan api dan masukkan keladi dan udang kering.
-
Gaulkan rata dan tuangkan dalam loyang 8". Loyang mesti disapukan dengan sedikit minyak.
-
Tutupkan loyang dengan aluminium foil dan kukus di dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit.
-
Biarkan sejuk, hiaskan dan hidangkan bersama sos cili.
Minuman Kopi Susu untuk 1 orang
- Serbuk kopi (1 sudu teh)(5g)
- Susu rendah lemak (2 sudu makan) (13g)
- Gula (1 sudu teh)(5g)
- Air panas(2 cawan) (280ml)
Cara-cara penyediaan Kopi Susu
-
Campurkan serbuk kopi dengan air panas dan masukkan gula. Kacau sehingga rata.
-
Dalam cawan yang berlainan larutkan susu tepung rendah lemak dengan sedikit air suam. Setelah dilarutkan, masukkan susu tersebut ke dalam campuran kopi dan gula.
-
Kacau sehingga rata. Hidangkan.
Info / Tips Sihat
-
Kuih keladi lebih sihat berbanding kuih bergoreng, berlemak dan kuih manis kerana rendah lemak dan rendah kalori.
-
Namun, keladi adalah makanan berkanji yang harus diambil dalam kuantiti yang sederhana kerana dapat meningkatkan aras gula dalam darah.
-
Tips kurangkan minyak pada bahan-bahan yang digoreng adalah dengan tuskan atau menggunakan tisu untuk menyerap minyak masak berlebihan.
-
Kopi susu mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding kopi O. Susu tinggi kalsium dan adalah baik untuk kesihatan tulang.
-
Susu tepung rendah lemak perlu dilarutkan dengan sedikit air suam terlebih dahulu supaya tidak menjadi berketul-ketul.
-
Susu pekat manis (krimer manis) BUKAN sejenis susu. Ia tidak disarankan kerana kandungan gula dan lemak yang tinggi serta kandungan kalsium dan zat lain adalah rendah.
PERINGATAN! Pengambilan minuman manis tidak harus melebihi 2 kali sehari. Pilihan yang lebih baik adalah air kosong.
PERINGATAN! Pesakit kencing manis dinasihatkan agar tidak mengambil minuman manis.
Makan Malam
Saiz Hidangan
- Nasi putih (1 1/2 cawan)
- Ayam halia (1 ketul paha ayam)
- Sup ABC (1 cawan)
- Betik (1 potong)
- Air kosong (1 gelas)
Hidangan Ayam Masak Halia untuk 5 orang
Bahan-bahan :
Daun bawang dan halia.
- Ayam (5 ketul paha ayam)(920g)
- Halia, dimayang memanjang (2sm)(5g)
- Minyak masak (1 sudu teh)(5g)
- Cendawan shiitake (4 biji)
- Kicap pekat (1 sudu teh)(5g)
- Kicap cair (1 sudu teh)(5g)
- Sos tiram (1 sudu teh)(5g)
- Air (2 cawan)(300ml)
- Garam dan lada hitam secukup rasa
Daun bawang dan halia.
Cara-cara penyediaan Ayam Masak Halia
- Campurkan ayam dengan lada hitam. Gaulkan sehingga sebati.
- Panaskan minyak dan tumiskan halia sehingga kekuningan.
- Masukkan ayam tadi, kacau sehingga sebati dan biarkan seketika.
- Kemudian, masukkan air dan cendawan shiitake.Kacau sehingga sebati.
- Tutup kuali dengan penutup supaya ayam itu cepat empuk.
- Setelah ayam empuk masukkan lada hitam. Kacau lagi dan siap. Hias dan hidangkan.
Hidangan Sup ABC untuk 5 orang
Bahan-bahan :
- Kobis bulat (300g)
- Lobak merah, dipotong dadu (2 cawan)(132g)
- Kentang, dikupas dan dipotong dadu (2 biji)(168g)
- Tomato, dibelah 6 (1 biji)(50g)
- Lada hitam secukup rasa
- Daun bawang, dihiris halus
- Bawang merah, dihiris nipis (2biji)(80g)
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak (1 sudu teh)(5g)
- Air (5 cawan) (750ml)
Cara-cara penyediaan Sup ABC
- Panaskan dan masukkan kobis bulat, kentang, lobak merah dan bawang merah.
- Apabila kentang sudah masak, masukkan tomato.
- Renehkan selama 30 minit. Masukkan garam, gula dan lada hitam secukup rasa.
- Hidangkan dan taburkan bawang goreng serta daun bawang yang telah hiris halus.
Info / Tips Sihat
- Ayam masak halia mengandungi kalori dan lemak yang lebih rendah berbanding ayam goreng dan lauk bersantan.
- Buangkan kulit dan lemak dari ayam sebelum masak kerana ia mengandungi kolesterol dan lemak yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan angin ahmar/lumpuh.
- Selain menambah rasa dalam makanan, halia membantu melegakan rasa mual dan mengelakkan muntah.
- Cendawan shiitake menambah rasa umami dalam makanan maka penggunaan garam, sos tiram dan kicap dapat dikurangkan. Umami merupakann deria rasa keenam yang boleh meningkatkan selera makan.
- Gantikan garam dengan perisa semula jadi seperti halia, bawang putih, lada hitam, daun sup daun bawang dan cendawan.
- Sup ABC lebih sihat berbanding sayur goreng dan sayur masak lemak kerana rendah lemak dan rendah kalori.
- Hidangan ini kaya dengan vitamin, zat galian dan serat kerana menggunakan pelbagai jenis sayur.
- Hidangan ini juga daapt meningkatkan selera makan kerana mempunyai warna yang menarik.
- Lobak merah kaya dengan vitamin A yang bertindak sebagai antioksidan yang boleh meningkatkan daya ingatan, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung dan kanser.
- Tomato mengandungi lycopene yang bantu mengurangkan risiko kanser.
- Pilih buah-buahan sebagai snek bagi menggantikan kuih-muih kerana buah kaya dengan serat dan vitamin.
- Betik kaya dengan vitamin A dan C yang bertindak sebagai antioksidan yang boleh meningkatkan daya ingatan, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung dan kanser.
- Minum air sekurang-kurangnya 6 sehingga 8 gelas sehari. Sebaik-baiknya gantikan minuman manis dengan air kosong untuk mengurangkan risiko kencing manis.